Kerjaya kelab Benjamin Pavard

Kerjaya awal

Pavard telah dilahirkan di Maubeuge, Nord berhampiran dengan sempadan Belgium. Pavard memulakan kerjayanya dengan beraksi untuk kelab halamannya di Jeumont. Bekan pemain antarabangsa Perancis, Jean-Pierre Papin juga memulakan kerjayanya di sana.[4]

Pavard menyertai kelab akademi Lille semasa berusia sembilan tahun.[5] Beliau telah melakukan penampilan sulungna di Ligue 1 pada 31 Januari 2015 ketika menentan Nantes yang berkesudahan seri 1-1.[6] Pavard seterusnya tampil dalam 21 perlawanan liga sepanjang dua musimnya bersama Lille sebelum beliau meninggalkan kelab itu pada tahun 2016.

Stuttgart

Pavard bersama Stuttgart pada September 2016.

Pada 30 Ogos 2016, Pavard berpindah ke kelab Jerman, VfB Stuttgart dengan menandatangani kontrak selama empat tahun.[7] Beliau melakukan penampilan sulungnya dalam 2. Bundesliga pada 3 Oktober sambil menjaringkan gol semasa menentang Greuther Fürth.[8][9] Beliau beraksi dalam 21 perlawanan dan membantu pasukannya muncul sebagai juara liga pada musim itu.[10]

Pavard melakukan penampilan sulungnya di Bundesliga pada 19 Ogos dalam aksi tewas menentang Hertha Berlin 2-0.[11] Beliau menyumbat gol pertamanya di Bundesliga pada 29 Oktober dalam aksi kemenangan menewaskan Freiburg 3-0 di Mercedes-Benz Arena.[12] Beliau melanjutkan kontraknya bersama Stuttgart pada 20 Disember 2017 sekali gus memastikan beliau bersama kelab itu sehingga 30 Jun 2021.[13]

Beliau merupakan salah seorang daripada hanya empat orang pemain yang tampil dalam setiap minit permainan Bundesliga pada musim 2017–18.[14] Beliau juga beraksi di beberapa posisi terutamanya posisi bek kanan, bek tengah, pemain tengah bertahan dan juga sayap kanan. Namun selepas pelantikan Tayfun Korkut sebagai pengurus baru pada Januari 2018, beliau hanya beraksi di posisi bek tengah dan pasukannya dibolosi 10 gol dalam 14 perlawanan terakhir. Rekod ini menjadikan Stuttgart yang dulu berada dari hampir zon penyingkiran kini menghuni tangga ketujuh liga serta hanya satu tangga lagi untuk menempah tiket ke kejohanan Liga Europa.

Dalam musim 2018–19, Pavard sekali lagi menjadi pemain utama Stuttgart yang berjuang untuk keluar daripada zon penyingkiran sepanjang musim. Mereka disahkan tersingkir selepas kecundang kepada Union Berlin dalam aksi play-off.[15]

Bayern Munich

Pada 9 Januari 2019, Bayern Munich mengesahkan bahawa Pavard akan menyertai kelab itu untuk menghadapi musim 2019–20. Pavard telah menandatangani kontrak selama lima tahun yang menetapkan beliau di Bayern sehingga 30 Jun 2024.[16]

Beliau melakukan penampilan sulungnya dalam aksi DFL-Supercup 2019 menentang Borussia Dortmund selepas menggantikan Thiago Alcântara pada minit ke-80 dan perlawanan itu menyaksikan Dortmund menang 2-0.[17] Pada 31 Ogos, beliau menjaringkan gol pertamanya untuk Bayern bagi menyamakan kedudukan perlawanan sebelum pasukannya menang besar 6-1 ke atas Mainz.[18]

Rujukan

WikiPedia: Benjamin Pavard http://www.businessinsider.com/benjamin-pavard-goa... http://www.espnfc.com/player/215378/benjamin-pavar... http://www.national-football-teams.com/v2/player.p... http://www.vfb.de/en/vfb/latest/news/professionals... http://www.vfb.de/en/vfb/latest/newsarchive/2016/3... https://sports.abs-cbn.com/football/news/2017/05/2... https://www.bbc.com/sport/football/44754965 https://www.bundesliga.com/en/bundesliga/news/unio... https://www.bundesliga.com/en/news/Bundesliga/benj... https://www.bundesliga.com/en/news/Bundesliga/benj...